Followers

"Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang kadang terlupa sebenarnya diri ni nak kemana - Hlovate"

aku rasa content dalam blog ni sepatutnya tak menyakitkan hati mana mana pihak sebab ia lebih kepada contengan peribadi tentang rasa penulis. langsung tidak bernama dan tidak dituju untuk siapa. harap tiada tersinggung. terima kasih.

Friday, March 23, 2012

Asasi Sains Kemanusian - Episod 1.

Assalamualaikum semua!

Hai, sorry dah lama tak hapdet blog. Busy sikit. Ekceli dah start cuti mid break harini. Ada yang dah balik semalam lagi. Aku rancang nak balik harini, tapi banyak lagi benda tak setel so balik esok jelah.

Okay lah. Apa nak cerita harini ek? Haa, ekceli after result SPM keluar kan, aku tengok ramai gila google pasal nak study dekat universiti. Aku pernah buat entry pasal tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti and minggu ni entry tu naik. Huh! Terima kasihlah kepada adik adik yang sudi baca entry hakak nih. Haha.

Aku ada dapat satu komen dari adik Fakhrullah ni. Dia suruh aku explain pasal course human sciences atau dalam bahasa melayu nya Sains Kemanusiaan. Adik nak masuk UIA eh? Hikhik. Nanti jangan lupa tegur hakak yek. :p

Okaylah. Kepada adik adik yang nak tau pasal course nih, meh akak nak terang sikit. First of all (ecewahh!) adik akan masuk Asasi UIA dulu tau before pergi main campus. If siapa siapa yang mohon Asasi UIA course Sains Kemanusiaan, akan stay dekat CFS PJ (Pusat Asasi dekat Petaling Jaya).

Sains Kemanusiaan dalam bahasa inggeris pulak panggil Human Sciences. Then, budak budak ni panggil HS je. HS ni ada 5 major dia which is Communication, Political Science, Psychology, History and Sociology. Bila adik adik semua masuk asasi, adik semua kena belajar semua dekat atas ni. Tapi intro dia je. Just nak kenalkan secara briefly je. Semua orang akan ingat Sains Kemanusiaan ni macam kedoktoran. Seriyes, tak tipu. Tengok pada nama ada sains pulak tu ada manusia, haa macam doktor doktor kan. Padahal takde kena mengena langsung dengan kedoktoran except for Psychology. Psychology ni adalah sains sains dia. Sebab belajar pasal otak, badan and everything.

Okay, meh kita cerita satu satu major courses nih.

Communication
FYI, saya ambik course nih. Communication opkos lah semua pasal komunikasi kan. Bila dah sambung degree dekat UIA and ambik Communication as a major, awak semua mesti gembira. Haha! Takdelah. Dalam communication ada offer 4 specialization. What is specialization ek? Specialization nih macam dalam komunikasi bidang mana awak nak fokus. You can specialize in Electronic Media (sama macam saya!), Print Media, Public Relation (PR), Organizational Communication.

Prospek kerjaya (hamek kaw!) haha. Tak paham eh. Okayh, peluang pekerjaan dalam bidang ni berkaitan jugak dengan komunikasi. Kalau awak ambik Electronic Media, awak akan berada di dalam dunia glamor yang penuh tipu daya syaitan. Bhahaha! Okay, gurau. Bidang Electronic Media nih lebih kepada benda benda broadcasting, reporter depan TV, DJ radio ke, director program belakang tabir, pengacara TV and everything la. Remember! Electronic Media ni bukan course nak kejar glemer. Tak langsung. Bukan senang course nih. Banyak benda nak kena belajar. Pasal camera, video, audio, and so on lah.

Yang lain lain macam Print Media lebih kepada journalism. Reporter dekat newspaper ke, majalah ke. Lebih kepada yang print print lah. Haa, yang cetak cetak je. Kalau PR, err tak tahu sangat. Tapi macam jaga imej company ke apa entah. Kalau organ comm kerja dekat company jugak. Macam profesionalism gitu ah.

Okaylah. Sampai dekat sini je eh nak cerita dulu. Nanti sambung lagi pasal course lain.

p/s: Semoga Berjaya semua!
gambar haruslah berbokeh yuolss! hahaha

27 comments:

  1. BENL pon under HS jugak. T~T
    ok, butthurt... haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh yeke? BENL bukan under language ke?

      haha, tak payah nak butthurt sangat laaaa. :p

      Delete
  2. asasi ni hanya utk aliran sastera je ke? kalau aliran sains tak leh ke nak pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm rasanya memang aliran sastera je. tak sure pulak if aliran sains boleh ke tak. :) try jelah apply. ada rezeki tak kemana kan?

      Delete
  3. ooo cenggitu ok saya tertipu dengan nama dia T^T
    kak, uia ada course asasi bi kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. nama dia BENL. specialize on enlgish language je. :)

      Delete
  4. akak, cara pakaian kat uia nanti,,,??? hee
    asasi farmasi nak xnak 2 taon yek???

    ReplyDelete
  5. assalam kak,serius asasi sains kemanusiaan kat PJ!!igtkan kat nilai.....

    ReplyDelete
  6. salam..
    akak?nk tnye?
    klo syarat kelayakan untuk amek HS ni ape yer?

    ReplyDelete
  7. nk tnye,akak blajo elect media nie best x?ssh sgt ke,saya minat nk amek tp tkt xblh bwk..bab xtror ngn bnd gajet or electronic nie sume..n second is pe cita2 akak n de kaitan x ngn coz nie?tq klu sudi jwb..sye hrgai banget..bb skg tga cnfius nk plh spcializtion..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar EM ni best. huhu best sbb maybe akak minat kot. takdelah susah. bila minat semua benda macam senang je dik. tak teror leh belajar kan? haa, sebab tu lah masuk kelas. sebab nak belajar.

      ermm cita2 akak nak kerja dekat stesen TV. tak kira lah sebagai apa pun. tapi kerja macam dekat majalah 3 ke, wanita harini ke best jugak. huhu.

      ada kaitan sebab EM ni lebih keoada journalism in broadcasting. :)

      Delete
  8. baru baca blog akak nih...boleh ke yang pemalu dan peyengap amik kos ni....dia kena yang peeramah jugak ke...hihi

    ReplyDelete
  9. Sebagai budak lepasan SPM saya menghargai entri blog ini. Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  10. saya beminat nak amik psyco jadi saya nak tanya pasal result ?

    ReplyDelete
  11. saya berminat nak amik psyco tapi saya bukan aliran pure sains boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak budak aliran sastera je. amek prinsip akaun lagi. memang kos hs ni tayah guna pure sains

      Delete
  12. Nak tanya klo amik psycology ni nnti bole kerja ape erk?
    Best tak blaja human sc ni?
    Teringin pulak nak pilih bidang ni

    ReplyDelete
  13. akak ,, nnty bole keja apa ja kalau ambik sains kemanusiaan nih ?

    ReplyDelete
  14. akak kalo nk msok sains kmanusiaan nie,Sekurang-kurangnya kna brapa A or kredit???

    ReplyDelete
  15. kakak..., nati kal0 amek asasi niy., apa pluang pkerjaan dya ?

    ReplyDelete
  16. akak o akak... jwb la soalan at atas.. sy pun nk tahu jugak.. hehe..

    ReplyDelete
  17. Kalau masuk asasi, peluang pekerjaan sama mcm SPM je sbb sijil asasi tak laku, ianya hanya digunakan untuk kemasukan ke peringkat degree secara lebih cepat. Degree sains kemanusiaan trbahagi kpd 5, mass communication, psychology, political science, history dan english. Tngok la korg amek yg mne, jd krjaya korg trtumpu kat situ la.

    ReplyDelete
  18. hai! akak result spm atleast? kalo nak masok UIA wajib ade arab eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jugak. sebab akak takde basic arab pun. :)

      Delete
  19. akak.. klau asasi perakaunan untuk masuk bidang akuntansi x de ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang asasi ekonomi dan pengurusan tu akan belajar akaun.

      Delete
  20. salam,akak ade tak kwn akak yg spm aliran sains amek course ni?,,mcm bminatla tapi sy aliran sains

    ReplyDelete

kalau nak mintak cekodok lebih, baik bagitau cepat!